Connect with us

Oh! Media

CIMBClicks Jamin Sistem Portal Perbankan Mereka Kekal Selamat

Umum

CIMBClicks Jamin Sistem Portal Perbankan Mereka Kekal Selamat

Kini sedang tersebar satu makluman yang mendakwa bahawa sistem portal perbankan CIMBClicks tidak selamat digunakan. Ini kerana ada mendakwa bahawa mereka perlu menukar kata laluan kerana akaun mereka dapat diakses walaupun tanpa memasukkan kata laluan yang betul dan perkara ini membimbangkan ramai pengguna.

ADVERTISEMENT

Kesan dari itu, dalam satu kenyataan, CIMB Bank Bhd (CIMB) tampil menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, buat masa ini tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung perkara ini.

“Pihak bank juga telah memberi kenyataan tentang perkara ini dan orang ramai tidak perlu bimbang.

“Nasihat saya minta pengguna sentiasa berwaspada dan pastikan apa-apa yang diperoleh, dapatkan pengesahan dari bank berkenaan. Orang ramai usah khuatir, kalau ada kemusykilan dapatkan pengesahan bank,” katanya kepada Sinar Harian.

Pihak CIMB turut berkata, pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

“Selain daripada memastikan sistem kami boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, kami turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +603 6204 7788.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas