Connect with us

Oh! Media

Cikgu Farhana Dilaporkan Telah Dijumpai Dalam Keadaan Selamat

Umum

Cikgu Farhana Dilaporkan Telah Dijumpai Dalam Keadaan Selamat

Guru Wanita iaitu, Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang sejak 14 Januari lalu kini telah ditemui dalam keadaan selamat kira-kira jam 4 petang tadi.

ADVERTISEMENT

Menurut kakak mangsa, Madihah, suami mangsa, Muhammad Naim Mahayadin menerima panggilan daripada IPD Kuala Kangsar memaklumkan isterinya yang dipercayai tersesat telah ditemui.

“Nur Farhana dijumpai kira-kira jam 4 petang tadi dan kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua terutamanya Sinar Harian, polis, bomba, guru, keluarga, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan semua yang membantu dalam pencarian ini.

“Kami sekarang dalam perjalanan ke sana dan saya masih belum tahu keadaan adik saya lagi.. setakat ini dulu yang saya boleh bantu,” katanya.

Maklumat lanjut berikutan kes ini akan dilaporkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Sumber: GPS Bestari

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas