Connect with us

Oh! Media

Cik B Buat Kejutan Berikan Wang Tunai Sebanyak RM100,000 Kepada Ibunya

Umum

Cik B Buat Kejutan Berikan Wang Tunai Sebanyak RM100,000 Kepada Ibunya

Satu persoalan, apa yang korang akan lakukan bila melihat ibu kita sedang bersedih? Ini merupakan tindakan Cik B bila melihat ibunya bersedih setiap malam dan membuat ramai orang tersentuh hati.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, atau Datuk Vida telah terlibat dalam kemelut bersama penyanui tanah air Wan Aishah Wan Ariffin berikutan pemberikan barang kemas palsu dan telah membuat pemohonan maaf dan Aisyah turut telah dicadangkan untuk memilih lima barang kemas bernilai RM80,000 di sebuah kedai emas.

Oleh itu, Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn tidak sanggup melihat ibunya menangis setiap malam dan telah membuat kejutan dengan memberikan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada ibunya bagi mengurangkan sedikit kerisauan ibunya.

“Cik B nampak mama seorang yang kuat tetapi bila dia menangis kita pun nak nangis. Jarang tengok mama menangis macam tu dan ia betul-betul berat bagi mama.

“Kerana itu Cik B beri duit hasil jualan produk Salmon Skin yang diperoleh daripada ejen Singapura dan Malaysia kepada mama untuk bayar kepada Aishah,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Vida, di kediamannya di sini, hari ini.

Oh! Media: Baguslah Cik B ni kan. Sanggup keluarkan simpanannya untuk ibunya walaupun masih bersekolah. Kita juga boleh mengurangkan kesedihan ibu kita dan tidak semestinya dengan wang ringgit. Asalkan kita berusaha untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehan yang seterusnya berbakti kepada kedua ibu dan bapa kita.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas