Connect with us

Oh! Media

Chong Wei Bakal Kembali Lakukan Latihan

Umum

Chong Wei Bakal Kembali Lakukan Latihan

Jaguh sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang kini sedang berehat kerana penyakit kanser hidungnya, dilaporkan akan dijadualkan kembali menjalani latihan di gelanggang Akademi Badminton Malaysia (ABM) dalam masa dua minggu lagi.

ADVERTISEMENT
Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang berkata, “Saya difahamkan Chong Wei ada berjumpa jurulatihnya, Hendrawan dan menyatakan hasratnya untuk kembali ke gelanggang secepat mungkin, namun beliau perlu mendapat kebenaran daripada doktornya terlebih dahulu.

“Buat masa sekarang, Chong Wei hanya melakukan latihan fizikal dan ada juga menjenguk pemain lain ketika sesi latihan. Bagi BAM, kita mahu biar beliau melalui proses pemulihan terlebih dahulu seperti saranan doktor,” katanya.

Mohamad Norza berkata, secara peribadi beliau percaya dan yakin pemain kelahiran Bagan Serai, Pulau Pinang itu dapat bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan kelayakan Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan bermula Mei depan.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas