Connect with us

Oh! Media

Chelsea Gagal Mengukuhkan Kedudukan – Hanya 3 Mata di Depan Arsenal

Umum

Chelsea Gagal Mengukuhkan Kedudukan – Hanya 3 Mata di Depan Arsenal

Dalam Liga Perdana awal pagi tadi, pasukan Chelsea telah merpersia-siakan peluang mereka untuk merebut mata setelah hanya mencatat keputusan seri 0-0 menentang Southampton.

ADVERTISEMENT

Chelsea yang kini di bawah kendalian Maurizio Sarri kekal di kedudukan keempat namun gagal menambah mata yang kini hanya berbeza 3 mata di depan pasukan Arsenal yang kini di kedudukan kelima.

Skuad kendaliannya gagal menjaringkan gol buat kali ketiga dalam lima pertemuan terakhir Liga Perdana di Stamford Bridge, menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai keperluan Chelsea mendapatkan penyerang kelas dunia pada perpindahan Januari.

Dengan Olivier Giroud diketepikan selepas kecederaan pergelangan kaki ketika menang Ahad lalu di Crystal Palace, Sarri memanggil semula penyerang kurang menyerlah Alvaro Morata.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas