Connect with us

Chef Wan Dakwa Najib Razak Putar Belit Kenyataan

Oh! Politik

Chef Wan Dakwa Najib Razak Putar Belit Kenyataan

Korang dah grab popcorn belum? Tak habis lagi drama DS Najib Razak dan Chef Wan ya. Aiyoo. Baru-baru ini, Chef Wan rasa geram dengan sindiran DS Najib Razak sebab dia memutar belit kenyataan sebelum ni pasal anak Felda.

How sad and stupid apa yang saya tegur disensasikan, disalah tafsir lalu difitnah kan balik supaya i look so bad in the eye of the public. Siapa pulak yg nak kena minta maaf balik kepada siapa ini? Kita jika bodoh sekali mana pun jangan sombong dan sakit hati pada apa yang Allah sudah anugerahkan kepada seseorang itu. They think they can kill my spirit just like that by memutar belit cerita saya? Cakap mcm tak pergi sekolah! Banyak bezanya bila saya katakan sebahagian orang Felda yang malas, suka kahwin isteri lebih dari satu dan tidak bertanggung jawab ke atas welfare and growing up of their kids as to saya kata ‘Semua orang Felda’! Bila saya kata “Beranak mcm kucing ini” is not to hina orang Felda cuma bahasa gurauan orang Melayu kita made references to “segelintir” lelaki yang kawin tak sudah-sudah tetapi welfare anak dan pelajaran anak tak di jaga.

Saya nak tanya Najib jika saya ini manusia yang tak baik dan tidak berjaya di dalam kerjaya saya why sent me to assist him and his ministry? Menuduh saya Jilat Tun M to receive that anugerah padahal Tun M pun tak tahu saya akan menerima anugerah tu pun! Batu-batu api ni then viral them in social media supaya semua orang yang baca akan percaya bulat-bulat dengan tujuan nak jatuhkan credibility saya sebagai Ikon Felda! Mana yang baca IG saya dari awal akan faham cerita yang sebenarnya. Saya pula dijadikan mangsa because they are not happy to see me terima anugerah itu. Macam la saya kebulur sangat nak anugerah itu. Sungguh muka tak tahu malu Najib ni. Kau jahanamkan FELDA sampai fail dah boleh pulak ada hati nak bersuara lagi? Panggil Isa Samad tu esok jugak saya nak serah kan Anugerah Icon FELDA itu kepada beliau dan Najib! Lepas tu boleh pulak solat 5 waktu mengadap Allah. How do all this hippocrite do it?

Kenyataan Najib yang dimuat naik di Twitter sebelum ini pun dah dipadamkan. Jibby, kenapa padam? Kenalah berani bersuara kalau rasa diri tu betul. Chef Wan berkata kemungkinan Jibby rasa tak puas hati dengan dia sebab dia baru je dapat gelaran Ikon Felda.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top