Connect with us

Oh! Media

Century Fox Dan Walt Disney Menolak Tuntutan Saman Genting Malaysia Berhad

genting 2017 02jpg

Umum

Century Fox Dan Walt Disney Menolak Tuntutan Saman Genting Malaysia Berhad

Berikutan dengan tuntutan saman Genting Malaysia Berhad terhadap Walt Disney Co dan Twenty-First Century Fox Inc, kedua-dua syarikat ini membuat keputusan untuk menolak tuntutan berkenaan.

Sebelum ini, Genting Malaysia Berhad telah mendakwa dua syarikat gergasi ini telah melanggar kontrak pembinaan taman tema dengan jenama Fox berkenaan.

IKLAN

Dengan itu, Genting Malaysia Berhad memfailkan saman bernilai lebih USD1 bilion (~RM4.19 bilion) disebabkan ‘penyesalan penjual’ yang memaksa Fox melanggar kontrak yang dipersetujui pada 2013 dengan bantuan Disney. Berikutan itu, saham Genting merudum sebanyak 16.7% sehari selepas tuntutan saman dilakukan.

Akan tetapi, Walt Disney Co dan Twenty First Century menyatakan bahawa tuntutan Genting Malaysia Bhd terhadap mereka dibuat tanpa merit. Malah, tuduhan yang dilemparkan bahawa Disney mengisytiharkan notis hanya merupakan satu rekaan.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas