Connect with us

Oh! Media

“Cecair Hijau, Sah Air Cucian Tangki” – Jabatan Alam Sekitar

Umum

“Cecair Hijau, Sah Air Cucian Tangki” – Jabatan Alam Sekitar

Semalam Pasir Gudang digemparkan apabila cecair hijau temui  dikeluarkan kilang ke longkang.  Selepas mendapat aduan penduduk berhubung penemuan cecair hijau seakan-akan minyak atau cat yang masih belum diketahui jenisnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, datang ke tempat kejadian.
JAS sudah mengambil sampel dari kawasan terbabit untuk siasatan. Hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan cecair hijau yang ditemui di sistem saliran di deretan kilang Jalan Keluli 7 di sini, semalam adalah air cucian tangki.


“Siasatan dilakukan dan kita dapati cecair itu ialah air basuhan tangki dan warna hijau terhasil akibat lumut di dalam tangki berkenaan. Sekarang semua orang nampak air bertukar warna lain sebagai sisa toksik,” katanya.

Bagaimanapun, siasatan mendapati tiada sebarang kimia dikeluarkan kerana air itu hanyalah air lumut yang dibasuh dari tangki di dalam salah sebuah kilang di kawasan itu.
Sumber : Metro Online

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Youtube Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas