Connect with us

Oh! Media

Captain America Dan Deadpool Datang Sekolah, Ceriakan Murid Tahun Satu!

Umum

Captain America Dan Deadpool Datang Sekolah, Ceriakan Murid Tahun Satu!

Sumber gambar dari Facebook Sek Keb St Paul

Hari ini merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2020. Macam-macam hal yang berlaku hari pertama ni. Yang menangis nak balik, ada yang steady je kena tinggal. Tapi Ohmedia tabik dengan satu sekolah dekat Seremban ni, pihak pengurusan sekolah bertindak menjemput adiwira terkenal, Captain America dan Deadpool dalam memeriahkan lagi hari pertama persekolahan.

ADVERTISEMENT

Guru Besar SK St Paul, A Santhanasmy berkata tujuannya menjemput figura terkenal berkenaan adalah untuk mewujudkan suasana ceria serta menghilangkan rasa gemuruh khususnya murid Tahun Satu yang memulakan hari pertama persekolahan mereka. Menurut beliau lagi, semua murid Tahun Satu dipakaikan dengan tag nama tertulis  ‘Saya seorang yang hebat’ yang bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada meragam.

Macam-macam inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan pelajar yang hadir kesekolah dalam keadaan selesa. Benda-benda macam ini yang patut dicontohi oleh sekolah-sekolah lain. Zaman Ohmedia masuk Tahun Satu dulu takda pun benda-benda macam ni, haha! Ohmedia masuk sekolah darjah satu cikgu bagi kertas dan pensel warna je, kemudian disuruh mewarna. Kalau korang macam mana pula? Kongsilah sikit.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas