Connect with us

Oh! Media

Cadangan Untuk Berikan Lesen Judi dan Penjualan Arak Kepada Bumiputera, Dangkal Agama

Umum

Cadangan Untuk Berikan Lesen Judi dan Penjualan Arak Kepada Bumiputera, Dangkal Agama

Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan ahli parlimen Rantau Panjang mengkritik seorang individu yang mencadangkan agar lesen pusat perjudian dan penjualan alkohol turut diberikan kepada bumiputera sebagai dangkal terhadap kefahaman agama.

ADVERTISEMENT

Kritikan ini dilihat bagi membalas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memuat naik kenyataan sedemikian di bloknya.

“Di mana nilai akidah dalam jiwa beliau,” katanya, hari ini.

Kenyataan Zaid dilihat hanya melihat kejayaan rakyat dalam bidang ekonomi sahaja dan tidak mengutamakan nilai keagamaan serta hukum.

Zaid hari ini mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.

Zaid turut mendakwa, salah satu faktor utama orang Melayu ketinggalan berbanding kaum lain dalam pelbagai bidang adalah disebabkan dasar bersifat diskriminasi yang diperkenalkan kerajaan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas