Connect with us

Oh! Media

Bumbung Menara Merdeka 118 Sudah Siap Dibina

Oh! Tidak

Bumbung Menara Merdeka 118 Sudah Siap Dibina

Anak syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB) telah menyempurnakan pembinaan lantai terakhir iaitu bumbung kepada tingkat 118, sekali gus menjadikan Merdeka 118 bangunan paling tinggi di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata apabila siap dibina sepenuhnya pada 2022, menara ini akan mencapai ketinggian 644 meter dan bakal dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara.

“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa menara Merdeka 118 berjaya menyempurnakan pemasangan lantai terakhir di tingkat 118.

“Ia sangat bermakna kepada kami. Merdeka 118 kini sudah 81 peratus siap dan pemasangan fasad kaca berada di tingkat 108. 

“Walaupun terdapat penangguhan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, PNB berpuas hati kerana pembangunan Merdeka 118 berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Keluasan Merdeka 118 ini merangkumi 3 juta kaki persegi yang terdiri daripada 1.66 juta kaki persegi untuk sewaan bersih ruang pejabat Gred-A dan sejuta kaki persegi untuk ruang niaga.

Antara ciri yang menarik pada Merdeka 118 ini ialah dek pemerhatian ‘The View at 118’ yang akan menjadi dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara, serta Hotel Park Hyatt Malaysia yang terletak di 17 tingkat teratas menara.

Merdeka 118 juga mempunyai pusat membeli belah yang boleh dihubung terus melalui bangunan Merdeka 118 dan taman terbuka hijau yang seluas 4 ekar ‘Merdeka Boulevard at 118’ yang akan menarik perhatian orang ramai.

PNB berkata, presint Merdeka 118 juga akan menampilkan sebuah muzium tekstil  yang mengetengahkan tekstil dunia Melayu, pusat jagaan kanak-kanak serta Masjid Merdeka dengan kapasiti 3,000 orang.

Pembangunan Merdeka 118 ini terletak di kawasan bersejarah Kuala Lumpur dan berdiri teguh di samping dua warisan negara iaitu Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Sebagai pemilik bagi dua stadium ini, PNB melaksanakan penyelenggaraan dan penjagaan yang teliti untuk mengekalkan di samping memulihara warisan sejarah negara yang menjadi lambang keharmonian dan kekayaan sejarah, evolusi serta masa hadapan Malaysia.

Kredit : BeritaHarian

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas