Connect with us

Oh! Media

Bukit Aman Sahkan Terdapat Pegawai Dan Anggota Polis Lindungi Kedai Judi!

Umum

Bukit Aman Sahkan Terdapat Pegawai Dan Anggota Polis Lindungi Kedai Judi!

Mengenai isu pembongkaran kedai-kedai judi yang beroperasi di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh oleh pemilik perniagaan Burger Hot Malaysia, pihak Bukit Aman mengesahkan bahawa menerima maklumat terdapat segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi kedai-kedai judi berkenaan disekitar kawasan tersebut.

ADVERTISEMENT

Jelas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, jika terbukti ada pegawai dan anggota polis yang bertindak sedemikian, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mereka. Tambahnya lagi, jika mereka terlibat dengan rasuah, mereka akan dirujuk dengan SPRM untuk tindakan selanjutnya.

Sumber gambar dari Utusan Malaysia

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar telah menafikan dakwaan tidak mengambil tindakan terhadap kes judi. Pihaknya telah membuka kertas siasatan mengenai hal itu serta akan memanggil pemilik perniagaan burger berkenaan untuk memberikan keterangan berdasarkan video yang dibuat.

OHMEDIA: MEREKA-MEREKA INI YANG MEROSAKKAN IMEJ SERTA INTERGRITI KEPOLISAN SEBAGAI SATU BADAN PELAKSANA UNDANG-UNDANG. HUKUMAN YANG SETIMPAL SEHARUSNYA DIKENAKAN KEATAS MEREKA INI!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Bukit Aman sahkan terdapat pegawai anggota polis lindungi kedai judi di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas