Connect with us

Oh! Media

Budak Bawah Umur Ditahan Polis, Rogol Anak Asuhan Ibunya

Umum

Budak Bawah Umur Ditahan Polis, Rogol Anak Asuhan Ibunya

Apa nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang, berani betul mereka buat perkara-perkara tak senonoh ni. Ini pula pasal kes seorang budak lelaki berusia 12 tahun kena tahan dengan polis selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya di rumah mereka di Batu Gajah, Perak.
Siasatan awal mendapati, calon UPSR itu dipercayai sudah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sebanyak tiga kali sejak awal bulan puasa lalu. Ibu suspek yang berusia 42 tahun mengambil upah mengasuh lapan kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun di rumahnya antara pukul 6.30 pagi hingga 9 malam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri menyatakan, mangsa yang berusia empat tahun diletakkan dibawah jagaan ibu suspek sejak Oktober 2017.
Perbuatannya suspek terbongkar Khamis lalu selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya dan mengadu kepada ibunya bahawa suspek yang dipanggilnya abang membuka seluarnya dan memegang kemaluannya. Ibu mangsa kemudiannya meminta mangsa menceritakan bagaimana suspek pegang, mangsa hanya memberitahu ‘sakit ibu’ dan tidak dapat menceritakan bagaimana suspek menyentuh kemaluannya.
Pemeriksaan perubatan sudah dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dan mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah. Menurut Ahmad Adnan, siasatan mendapati punca suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terangsang melihat video di dalam telefon bimbit.
Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sumber: New Malaysian Post



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas