Connect with us

Oh! Media

Buat Pertama Kali Serpihan Pesawat MH370 Dipamerkan

51551649133 anthonyjpg

Umum

Buat Pertama Kali Serpihan Pesawat MH370 Dipamerkan

Berikutan dengan penularan serpihan bangkat pesawat yang dikatakan dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Max 2014 lalu, serpihan terbabit kini sedang dipamerkan kepada orang ramai.

Buat pertama kalinya serpihan terbabit dipamerkan kepada orang ramai di pusat membeli-belah Publika semalam dan ia mempamerkan dua serpihan iaitu kelepak dan sayap pesawat terbabit.

Pameran ini juga adalah bagi mengingati sempena tahun kelima MH370 yang hilang dan gagal dikesan dari skrin radar.

IKLAN

Sehingga sekarang, hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon, telah disahkan milik pesawat Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri dari skrin radar, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 yang membawa 239 penumpang.

Walaupun pertama kali dua serpihan itu dipamerkan, sebahagian ahli keluarga mangsa tragedi itu ketika ditemui Bernama, kurang senang melihatnya kerana mereka percaya, operasi pencarian sebelum ini, seharusnya menemui lebih banyak atau serpihan yang lebih besar.

Seorang ahli keluarga nahas itu, Jacquita Gonzales, 56, berkata, walaupun beliau gembira melihat dua serpihan itu, tetapi beliau percaya, pencarian tersebut mesti diteruskan kerana pesawat itu masih berada di luar sana.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas