Connect with us

Oh! Media

Buat Kenyataan Kalah Polis! Sekarang Buktikanlah

Umum

Buat Kenyataan Kalah Polis! Sekarang Buktikanlah

Kita semua tahu sekarang ni semua sudah bebas untuk bersuara. Tapi janganlah terlalu bebas sehingga suara kebebasan itu menjadi satu fitnah dan ia merupakan satu kesalahan. Ohmedia tertarik untuk bincangkan hal ini berikutan dengan status seorang lelaki di Twitternya yang mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang dijumpai mati tidak berpakaian tempoh hari telah dirogol orang asli.

ADVERTISEMENT

Akibatnya, lelaki terbabit telah diburu polis dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop telah memaklumkan bahawa lelaki terbabit telahpun ditahan ketika datang memberikan keterangan di IPD Seremban.

Ini merupakan kenyataan yang dikeluarkan lelaki itu;

Perogol Nora Anne adalah orang asli. Polis tidak akan menemuinya kerana kebanyakan orang asli tidak mempunyai kad pengenalan atau sebarang data kewarganegaraan. (Police will never find the killer cuz most orang asli still don’t have IC or any sort of citizen data. Bet me), tulisnya.

Ini pula hasi bedah siasat yang mendapati remaja malang itu telah meninggal dunia dua atau tiga hari sebelum mayatnya dijumpai pada 13 Ogos lalu di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort berkenaan, selepas 10 hari dia dilaporkan hilang dari bilik penginapannya dan punca kematian pula adalah disebabkan kebocoran usus.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas