Connect with us

Oh! Media

Buat Jalan Guna Bahan Kualiti Rendah, Pengarah Syarikat Buat Untung Atas Projek Infrastruktur Rakyat

Umum

Buat Jalan Guna Bahan Kualiti Rendah, Pengarah Syarikat Buat Untung Atas Projek Infrastruktur Rakyat

Tindakan rakus dua pengarah syarikat yang diberi amanah untuk menjalankan 10 Projek Menaik Taraf Jalan di Sarawak menyebabkan mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

ADVERTISEMENT

Ini kerana dua pengarah syarikat yang bergelar Datuk disyaki melakukan rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu daripada Kementerian Pertahanan. Selain itu, bahan yang digunakan juga turut berkualiti rendah menyebabkan mereka ‘untung’ mencecah RM800 juta.

Mereka juga gagal menaik taraf jalan mengikut syarat kontrak, iaitu menggunakan lapisan batu kerikil dan pasir, sebaliknya hanya menggunakan tar yang dilapisi setebal 2 inci sahaja. Kesannya, jalan berkenaan akan mudah rosak jika kenderaan berat seperti lori balak kerap menggunakan jalan berkenaan.

Sumber gambar dari Berita Harian

Akibatnya, ia akan menyusahkan penduduk setempat kerana sukar untuk bergerak. Untuk info, projek ini dianugerahkan kepada mereka sejak tahun 2010 hingga 2016. Bagaimanapun kerajaan negeri sudah mengarahkan JKR Negeri untuk membaik pulih kerosakan yang berlaku.

Lebih mengejutkan syarikat yang dilantik oleh JKR Negeri untuk membaiki kerosakan berkenaan salah satunya adalah syarikat yang disyaki dimiliki oleh pengarah syarikat yang ditahan. Seharusnya syarikat yang gagal melaksanakan amanah dengan baik perlu disenarai hitam bagi mengelak berlaku perkara yang sama.

OHMEDIA: BAGAIMANA ORANG YANG SAMA BOLEH DILANTIK SEBANYAK DUA KALI? DAHLAH ADA BAD TRACK RECORD SEBELUM NI. MUSYKIL.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pengarah buat untung atas projek rakyat di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas