Connect with us

Oh! Media

Bro Saddiq Lakukan Lawatan Mengejut Ke Akademi Mokhtar Dahari Gambang

Umum

Bro Saddiq Lakukan Lawatan Mengejut Ke Akademi Mokhtar Dahari Gambang

Menerusi laman facebook milik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tadi telah mengemas kini bahawa dia telah melakukan lawatan mengejut ke Akademi Mokhtar Dahari di Gambang hari ini.

ADVERTISEMENT

Lawatan ini dilihat dilakukannya bagi melihat sendiri sejauh mana kemudahan yang telah disediakan di sana. Syed Saddiq dilihat kecewa dengan apa yang dilihatnya.

“Kecewa. Akademi yang sepatutnya menjadi pemacu pembangunan bola sepak negara indah khabar dari rupa. Dengan banyak kerosakan dan fasiliti yang tidak boleh digunakan, saya hanya boleh gambarkan kekecewaan saya.”

“Kemudahan asas pun tidak sempurna. Para pemain sendiri complain kepada saya, bilik mereka macam oven. Makanan di sekolah lama mereka, lebih baik dari makanan di sini. Sampai mereka terpaksa seludup makanan, sebab kelaparan.”

“Bukan itu saja, dengan bola tidak cukup, baju latihan yang sudah singkat, kasut bola lusuh, masalah kebocoran, gym yang kosong, bilik hydrotheraphy yang tak boleh diguna, performance analysis room yang bocor dan tidak lengkap di mana staff perlu menggunakan laptop sendiri, projek RM 85 juta ini amatlah mengecewakan.”

Syed Saddiq juga telah menyatakan akan mengambil serius masalah ini demi masa depan bola sepak negara.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas