Connect with us

Bonnie Harumkan Nama Negara, Berjaya Lakukan Angkatan Paling Berat

Umum

Bonnie Harumkan Nama Negara, Berjaya Lakukan Angkatan Paling Berat

Atlet para negara, bagi sukan angkat berat iaitu Bonnie Bunyau Gustin telah mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, malam tadi.

Bonnie yang merupakan pemegang rekod dunia remaja itu telah berjaya membuat angkatan seberat 190kg dan muncul juara dalam acara bawah 65kg lelaki.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu memulakan aksi dengan melakukan angkatan seberat 170kg diikuti 180kg pada cubaan kedua dan berakhir 190kg yang membawa kepada kemenangannya.

Lawannya dari Iraq, Ahmed Al-Karkhi hanya berjaya membuat satu angkatan seberat 140kg sahaja.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top