Connect with us

“Hanya Orang Bodoh Bincang Tentang Hudud” – Nazri Aziz

Umum

“Hanya Orang Bodoh Bincang Tentang Hudud” – Nazri Aziz

 

Bodoh dan tiada guna. Itu adalah reaksi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan yang sedang hangat dibincangkan.

“Saya tidak peduli jika pandangan saya boleh diguna pakai terhadap kedua-dua belah parti yang mempunyai jurang politik.

“Bagi saya, ia tidak pernah menjadi isu,” katanya.

Beliau mengulas langkah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengemukakan notis kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Memetik prosedur dan Perlembagaan sebagai cabaran, Nazri berkata langkah itu adalah ‘usaha sia-sia’ yang disedari sepenuhnya oleh PAS.

Beliau berkata sebarang pindaan kepada Perlembagaan untuk membolehkan pelaksanaan hudud memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nazri, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang berkata PAS tidak boleh menyatakan dengan pasti bahawa mereka akan mendapat sokongan semua ahli parlimen Islam.

“Mereka (PAS) masih memerlukan sokongan majoriti dua pertiga (148) di Parlimen,” katanya.

Terdapat 222 kerusi di Parlimen yang mana 149 daripadanya dipegang oleh ahli Parlimen beragama Islam, termasuk dua daripada DAP dan 14 dari PKR. Barisan Nasional mempunyai 133 ahli Parlimen dan Pakatan Rakyat 89.

Nazri berkata rang undang-undang itu tidak mungkin dapat dibincangkan memandangkan aturan urusan kerajaaan belum selesai dan tidak akan ada masa untuk ia dibincangkan.

“Mereka bertindak bodoh. Umno tahu mengenainya beberapa tahun yang lalu dan sebab itu kami tidak meneruskannya,” katanya.

Nazri menegur PAS yang menggunakan hudud untuk muslihat politik bagi mendapatkan semula sokongan yang hilang dari akar umbi selepas pilihan raya umum lepas.

“Mereka sedar bahawa ia tidak mungkin tetapi masih juga melakukannya.

“Ini semua satu wayang kulit dan Sandiwara untuk memenangi semula sokongan terhadap mereka (PAS) yang hilang,” katanya sambil menambah PAS perlu bergerak dan memberi tumpuan kepada membantu rakyat dan membangunkan negara.


Sumber: mstar Online 

OHMEDIA: Bincang tentang perlaksanaan hukum Allah dianggap bodoh? Hurm!

Telefilem Online: Pletong

Sebuah telefilem online realiti hidup penuh dugaan, yang tersirat dan tersurat. Cerita ini berdasarkan kisah benar yang…

Posted by Oh! Media on Tuesday, March 24, 2015

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top