Connect with us

Oh! Media

Bimbang Keselamatan Pengunjung Yang Datang Melihat Syukur Bersama Kerbaunya

Umum

Bimbang Keselamatan Pengunjung Yang Datang Melihat Syukur Bersama Kerbaunya

Berikutan dengan viralnya gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki bersama kerbau ternakan bapanya iaitu adik Muhammad Syukur Khamis, orang ramai dilihat tidak putus-putus perhi ke Kampung Kubang Bujuk bagi melihat sendiri adik Syukur bersama kerbaunya.

ADVERTISEMENT

Bapa Syukur iaitu Khamis Jusoh juga mengatakan selain ke kandang, ada juga yang ke kediaman mereka dan telah menerima tetamu dari seluruh pelosok negara.

Namun, disebalik kunjungan ramai orang yang datang, ia turut memberikan kerisauan terhahap keselamatan para pengunjung kerana kedudukan kandangnya yang berhampiran jalan raya.

“Mereka berkunjung setiap hari. Tidak kira hari minggu atau bekerja, sekiranya cuaca lebih baik ramai yang akan datang. Saya sebenarnya bimbang keselamatan pengunjung kerana kedudukan kandang kerbau berhampiran jalan raya,” jelas Khamis.

Walaubagaimanapun, Khamis juga melihat, kehadiran ramai pengunjung ke kampung mereka telah membuka pintu rezeki kepada penduduk di kawasan sekitar.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas