Connect with us

Oh! Media

Bill Gates Individu Ke-3 Terkaya Dunia Kongsi Kesilapan Terbesar Dirinya

Umum

Bill Gates Individu Ke-3 Terkaya Dunia Kongsi Kesilapan Terbesar Dirinya

Siapa tidak kenal dengan individu bernama Bill Gates yang pernah menjadi manusia terkaya di dunia dan memiliki syarikat Microsoft. Ohmedia tertarik dengan Bill Gates ni apabila baru-baru ini dia ada kongsikan kesilapan terbesar dalam dirinya dalam membuat keputusan untuk syarikat.

ADVERTISEMENT

Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Bill Gates dalam satu temuramah sudah berkongsi kisah penyesalan terbesar dalam hidupnya apabila sebelum ini tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan platform Android yang kini dimiliki Google.

Siapa sahaja yang tak guna Android sekarang ni apabila hanya dua perisian sahaja yang digunakan di dunia sekrang dan ia cukup popular, iaitu Android dan iOS milik Apple.

Bill Gates juga menyatakan yang disebabkan kegagalannya itu, Microsoft telah hilang peluang untuk menguasai bisnes bernilai $400 bilion atau bersamaan RM1.66 trilion yang dilihat dari nilai pada ketika ini.

Sebelum ini, Microsoft juga pernah mengeluarkan perisian mereka sendiri yang digelar Windows Phone, tetapi gagal menarik minat pengguna. Jadi apa pula pandangan korang? Lebih suka pakai Windows Phone, Android atau iOS?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas