Connect with us

Oh! Media

Jom Tampil Lebih Menyerlah Bersama L’Oreal Paris

Branded

Jom Tampil Lebih Menyerlah Bersama L’Oreal Paris

Source: L’Oréal Paris Malaysia

Sambutan Hari Raya merupakan satu momen yang paling bermakna untuk kita semua kerana ketika ini lah kita mengambil peluang untuk berkunjung dan menziarahi antara satu sama lain bagi merapatkan ikatan ukhuwah. Tujuan kunjung-mengunjungi pada Hari Raya ini juga untuk merapatkan silaturrahim dan saling bermaafan bersama keluarga, sahabat atau sesiapa juga kenalan kita yang pastinya akan menjadi saat yang sangat istimewa. Oleh itu, kaum wanita terutamanya, mesti mahu lebih menyerlah di hari terindah ini kan?

Perkara paling penting yang tidak boleh lupa untuk dibawa dan dipakai oleh kaum wanita ketika keluar adalah gincu atau lebih dikenali sebagai lipstick kerana ia adalah alat solekan asas yang perlu ada pada diri setiap wanita. Lipstick juga akan membuatkan penampilan korang nampak segar, menarik, dan kelihatan lebih berkeyakinan hanya dengan menggunakan lipstick daripada L’Oréal Paris. L’Oréal Paris telah memperkenalkan Rouge Signature untuk memastikan korang kelihatan lebih menyerlah pada hari lebaran tahun ini.

Source: L’Oréal Paris Malaysia

Rouge Signature telah mengeluarkan 10 rona lipstick matte yang menarik seperti I Enjoy, I Rule, I Don’t, I Represent, I Am Worth It, I Explore, I Dream, I Choose, I Embrace dan I Play. Tekstur lipstick matte yang baharu ini adalah lebih ringan, nampak soft dan boleh tahan lama akan membuat penampilan korang nampak lebih kemas bagi memberikan keselesaan yang berpanjangan pada bibir korang sepanjang hari pada Hari Raya tahun ini.

Rouge Signature “I Explore” (116) Source: L’Oréal Paris Malaysia

Untuk kaum wanita yang sering berasa bimbang kerana lipstick matte kebiasaannya akan rasa terlalu kering untuk bibir, yang menyebabkan rasa kurang selesa khasnya apabila dipakai untuk jangka masa yang lama, korang boleh cuba lipstick matte yang baru ini daripada Rouge Signature. Rouge Signature akan berkekalan sepanjang hari tanpa perlu di touch up yang pastinya menjimatkan masa korang. Malah, ia juga akan melembapkan bibir korang yang menjadikannya selesai dipakai. Tiada lagi bibir kering, kusam, lesu, dan pucat yang pastinya membuatkan korang jatuh cinta.

Anzalna Nasir memakai Rouge Signature “I Represent” (114) Source: L’Oréal Paris Malaysia
Nampaknya, sambutan hari raya tahun ini akan lebih bermakna untuk korang dengan hadirnya 10 lipstick matte daripada Rouge Signature yang boleh mengenakan dengan pakaian korang dan makeup korang. Maklumlah, semasa hari Raya ini tak sah kalau tak pergi 10 rumah terbuka dalam satu hari. Lebih-lebih lagi, korang nak upload gambar di social media, untuk nampak cantik macam Anzalna Nasir kan? Anzalna Nasir pun menggunakan lipstick daripada Rouge Signature, code I Explore tau.

Anzalna Nasir memakai Rouge Signature “I Explore” (116) Source: L’Oréal Paris Malaysia

Tanpa perlu risau lagi, korang boleh dapatkan cepat-cepat 10 rona lipstick matte daripada Rouge Signature ini di semua farmasi yang korang tahu (Watsons, Guardian, AEON Wellness), Hermo, Shopee dan Lazada. Selepas itu, korang boleh upload gambar korang dengan menggunakan hashtag #mysignatureraya di Instagram, Twitter dan juga Facebook.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas