Connect with us

Oh! Media

Bersedia Mengaum Di Olimpik Tokyo 2020

Umum

Bersedia Mengaum Di Olimpik Tokyo 2020

Bagi tampil menyerlah untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020, pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen telah merekodkan pencapaian terbaik apabila merangkul gelaran terbuka Macau semalam.

ADVERTISEMENT

Mereka telah berjaya menewaskan pasangan Jepun, Misato Aratama-Akane Watanabe 21-15, 22-20 dalam aksi final.

“Macam tak percaya kami menang hari ini. Apapun, kejayaan ini pastinya meningkatkan lagi tahap keyakinan kami terutama bagi menghadapi kelayakan Olimpik bermula tahun depan.

“Kami tidak boleh terlalu gembira dengan kejayaan ini. Ini adalah permulaan positif buat kami, kombinasi kami semakin baik dan diharapkan boleh terus meningkatkan prestasi,” kata Vivian.

Untuk perlawanan seterusnya, pasangan negara ini akan terus menyertai terbuakan India yang bermula pada 20 hingga 25 November ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas