Connect with us

Oh! Media

Berlian Merah Jambu Dilelong AS$50 Juta

Umum

Berlian Merah Jambu Dilelong AS$50 Juta

Sebutir berlian merah jambu dikenali sebagai Pink Legacy seberat hampir 19 karat bakal dilelong esok di Geneva, dan harganya dijangka mencecah setinggi AS$50 juta (RM209.2 juta).

ADVERTISEMENT

Pakar barangan kemas di agensi lelongan terkemuka Christie, Jean-Marc Lunel berkata, Pink Legacy dianggar bernilai antara AS$30 juta (RM125.5 juta) hingga AS$50 juta (RM209.2 juta).

“Berlian merah jambu tersebut adalah batu permata gred tertinggi bagi ketumpatan warnanya,” katanya.

Menurut Christie, berlian merah jambu yang beratnya melebihi 10 karat amat jarang ditemui dan sehingga kini, hanya ada empat berlian melebihi 10 karat pernah dilelong.

Satu daripadanya, berlian diberi nama Pink Promise seberat 15 karat yang dijual ketika acara lelongan Christie di Hong Kong, November tahun lalu, dengan harga AS$32.5 juta (RM136 juta).

Pada 2013, berlian merah jambu besar seberat 59.60 karat dijual ketika acara lelongan Sotheby dengan harga AS$83 juta (RM347.3 juta) atau AS$1.39 juta (RM5.8 juta) untuk satu karat.

Berlian Pink Legacy pernah menjadi milik keluarga Oppenheimer yang menguruskan syarikat perlombongan berlian De Beers selama beberapa dekad. Christie bagaimanapun, enggan memberitahu pemilik berlian itu sekarang.

Ia ditemui di lombong berlian Afrika Selatan kira-kira satu abad lalu, dan dipotong untuk dibentuk pada 1920-an.

Menurut Lunel, sejak itu bentuk berlian berkenaan tidak pernah diubah.

Ketua bahagian barangan kemas antarabangsa Christie, Rahul Kadakia berkata, berlian Pink Legacy adalah antara berlian terhebat dunia dan pasti menarik ramai bakal pembeli.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas