Connect with us

Oh! Media

Berita Baik! RON97 Turun 2 Sen

Umum

Berita Baik! RON97 Turun 2 Sen

Seperti biasa, mungkin bukan semua rakyat Malaysia menantikan kemaskini harga runcit minyak ini, tapi Ohmedia sentiasa menanti dan harapkan ada penurunan. Akhirnya, untuk minggu ini, harga runcit petrol RON97 telah turun dua sen dari RM2.56 kepada RM2.54 seliter.

ADVERTISEMENT

Malangnya, RON95 dan diesel harga masih kekal dan tidak hadapi sebarang penurunan. Tapi korang janganlah risau, sebab harga yang kekal tu masih di paras yang rendah iaitu pada RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.24 dan RM2.33 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lalu yang mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.26 seliter dan diesel pada RM2.31 seliter,” katanya.

Apa-apapun cuba korang tengok berapa agaknya subsidi yang telah dikeluar kerajaan untuk minggu ini. Untuk tempoh 3 hingga 9 Ogos ia berjumlah RM85.78 juta.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas