Connect with us

Oh! Media

Bendera Merah Dikibarkan Di Pantai Pahang

Umum

Bendera Merah Dikibarkan Di Pantai Pahang

Untuk makluman semua,bendera merah kini dikibarkan di semua pantai popular di negeri ini sebagai amaran kepada pengunjung dan mereka yang ingin mandi di pantai ekoran ketibaan musim tengkujuh.

ADVERTISEMENT

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kol (PA) Zainal Yusoff, berkata bendera merah dikibarkan di Pantai Teluk Chempedak, Pantai Sepat, Pantai Batu Hitam dan Pantai Balok, di sini, bagi memberi peringatan bahawa semua aktiviti air dilarang ketika musim hujan termasuk kemungkinan fenomena air pasang besar.

Katanya, anggota penyelamat juga akan ditempatkan di kawasan pantai dan akan dibekalkan dengan jet ski, bot dan peralatan menyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semua anggota kita berpengalaman dan terlatih dalam memberikan bantuan kecemasan serta bantuan pernafasan (CPR). Orang awam perlu memberi kerjasama kepada anggota kita terutama ketika cuaca buruk,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas