Connect with us

Oh! Media

Bekas Tentera Israel Akui Tentera Mereka Takut Mati

Umum

Bekas Tentera Israel Akui Tentera Mereka Takut Mati

Israel dari dahulu sehingga kini measih menghantar tentera mereka untuk terus menindas rakyat Gaza dan disebalik semua itu, ada beberapa kisah disebalik kekejaman Rejim Israel.

ADVERTISEMENT

Tetera Israek diakatakan takut untuk menceroboh Gaza. Ini diakui sendiri oleh bekas jeneral tentera Israel yang berkata Gaza boleh diceroboh, tetapi mereka masih gagal berbuat demikian kerana tentera mereka takut untuk berperang.

Yair Golan, yang pernah menjawat jawatan timbalan ketua turus staf berkata: “Mereka takut berperang. Takutkan kematian.

“Kita terlalu memberi kredit kepada pejuang Gaza. Berperang di Gaza ada akibatnya.”

Mengkritik cara ‘pengunduran’ 2005 dilakukan yang menyaksikan rejim Zionis itu mengundurkan peneroka haram Yahudi dari Semenanjung Gaza, Golan bagaimanapun menegaskan ia adalah keputusan tepat.

“Pada lima tahun pertama Intifada Kedua, 147 penduduk Israel dibunuh di Gaza.

“Sejak 2005, 121 lagi terbunuh termasuk anggota tentera yang maut dalam operasi.

“Sangkaannya adalah jika menceroboh Gaza, tentera akan terperangkap di sana selama bertahun-tahun. Anggapan itu salah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas