Connect with us

Oh! Media

Bekas Perdana Menteri Najib Razak Kecewa Dengan Insiden Rusuhan

Umum

Bekas Perdana Menteri Najib Razak Kecewa Dengan Insiden Rusuhan

Berikutan dengan insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melahirkan rasa kecewanya.

ADVERTISEMENT

“Saya berasa kecewa dengan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman. Sepanjang tempoh pentadbiran saya, tidak pernah berlaku konfrontasi melampaui batas undang-undang atau tindakan keganasan sebegini.

“Segala pembinaan, pemindahan atau penempatan semula mana-mana tempat beribadat dan perumahan, selalunya dibuat mengikut perancangan setelah konsultasi dan rundingan, dan mendapat persetujuan oleh semua pihak.

“Kita cari penyelesaian yang baik sentiasa dan berpihak kepada rakyat,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya.

“Saya amat sedih membaca kenyataan demi kenyataan pemimpin hari ini yang menyalahkan sesama sendiri dan ada juga yang salahkan pihak berkuasa – yang hari ini (pihak berkuasa) di tangan dan kawalan mereka.

“Tindakan segera dan amaran tegas juga perlu dikeluarkan kepada semua pihak supaya tiada yang mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa menghiraukan undang-undang negara,” katanya.

Oleh itu, Najib berpesan agar semua pihak bertenang serta memelihara keharmonian negara dan perpaduan kaum.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas