Connect with us

Oh! Media

Bekas Pegawai FA Kritik Tindakan Gagal Berikan Penghormatan Pada Mangsa Chrischurch

Umum

Bekas Pegawai FA Kritik Tindakan Gagal Berikan Penghormatan Pada Mangsa Chrischurch

Dalam satu kenyataan di laman Twitter persatuan itu, FA berkata: “Kami akan memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi di New Zealand pada perlawanan England menentang Republik Czech, Jumaat 22 Mac. Kami akan mengingati setiap yang terkesan dengan peristiwa dahsyat di Christchurch.”

ADVERTISEMENT

Serangan itu, paling buruk dalam sejarah New Zealand, diingati dengan acara bertafakur seketika sebelum perlawanan liga ragbi dan Six Nations hujung minggu lalu, tetapi persatuan bola sepak Inggeris itu tidak melakukannya.

Bekas pegawai FA, Yunus Lunat mengkritik kegagalan persatuan bola sepak itu mengingati mangsa tragedi berkenaan, berbeza dengan tindakan mereka ketika insiden “keganasan” seperti di Paris pada November 2015.

Dalam kenyataannya peguam itu berkata: “Anda patut malu @FA @premierleague @EFL. Tiada minit takfakur bagi mengingati pembununhan di Christchurch #MoreToFootball? #doublestandards. Bersungguh-sungguh untuk Paris/Charlie Hebdo. #MuslimLivesDontMatter (NyawaMuslimTidakPenting).”

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas