Connect with us

Oh! Media

Bazar Masjid India, Tumpuan Warga Kota Terbakar Awal Pagi Tadi

gerai2bterbakar2b4jpg

Umum

Bazar Masjid India, Tumpuan Warga Kota Terbakar Awal Pagi Tadi

Oh! Media dapat berita yang bazar Masjid India terbakar awal pagi tadi. Nampaknya nasib tidak menyebelahi 30 peniaga apabila gerai perniagaan mereka musnah dijilat api, walaupun tinggal dua minggu sahaja baki untuk kita menyambut kedatangan Syawal.

Menurut L. Logeswaran, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, menyatakan bahawa pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.45 pagi. Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota dari balai Sentul, Hang Tuah, Titiwangsa serta bantuan dari Pudu.

“Tiga puluh unit gerai yang antaranya menjual pakaian, beg dan kasut terbakar sepenuhnya dan kami dapat padamkan api sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi,” katanya ketika dihubungi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.


Oh! Media harapkan para peniaga di bazar berkenaan mendapat ganti rugi yang setimpal dan pembelaan sewajarnya memandangkan hari raya akan menjelma tidak lama lagi.

Sumber: MalaysiaKini
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

IKLAN
BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas