Connect with us

Oh! Media

Bayaran Bantuan Sara Hidup Akan Dikreditkan Kepada 3.6 Juta Penerima!

Umum

Bayaran Bantuan Sara Hidup Akan Dikreditkan Kepada 3.6 Juta Penerima!

Sumber dari Sarawakvoice

Berita baik kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019, sebanyak RM1.23 billion diperuntukkan untuk 3.6 juta penerima bantuan fasa ketiga kali ini. Bantuan berkenaan akan dikreditkan secara terus kedalam akaun bank penerima pada hari Rabu ini.

ADVERTISEMENT

Dipetik dari Utusan Online,perincian nilai BSH 2019 bagi fasa ketiga yang diterima oleh isi rumah yang diluluskan mengikut pendapatan bulanannya adalah RM400 (pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 ke bawah); RM300 (pendapatan bulanan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000) dan RM100 bagi pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000.

Untuk info, bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) melibatkan dana sebanyak RM2.85 bilion kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum empat orang anak dimana anak tanggungan ini adalah anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur.

Sumber : Utusan Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas