Connect with us

Oh! Media

Baru Sedar Tidak Bersalah Selepas 31 Tahun Dipenjara, Dua Beradik Dapat AS$84 Juta

Dua Beradik Tidak Bersalah

Umum

Baru Sedar Tidak Bersalah Selepas 31 Tahun Dipenjara, Dua Beradik Dapat AS$84 Juta

Sudah menjadi kebiasaan seseorang pesalah dipenjara dengan jangka masa yang lama di atas perbuatan mereka yang menyalahi undang-undang. Tetapi, ia menjadi seakan-akan membuang masa jika seseorang didapati bersalah dipenjara dengan sangat lama atas kesalahan yang bukan dilakukan mereka.

Perkara itu terjadi kepada adik beradik di Washington yang telah dipenjara selama 31 tahun atas tuduhan jenayah yang tidak dilakukan dan mereka telah dianugerahkan wang sebesar AS$84 Juta sebagai tanda ganti rugi menurut peguam yang mewakili mereka.

Lelaki tersebut iaitu Henry Lee McCollum dan adik tirinya, Leon Brown yang dipercayai mempunyai masalah mental telah disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis 11 tahun pada tahun 1983.

IKLAN
288489 083114 wtvd henry mccollum leon brown img
Henry Lee McCollum kiri dan adik tirinya Leon Brown didapati tidak bersalah selepas tahun dipenjara

Mereka masing-masing berumur 19 dan 15 tahun ketika ditahan dan dipercayai dipaksa untuk menandatangani pengakuan pembunuhan.

Pertuduhan terhadap mereka dibatalkan pada 2014 selepas penemuan bukti DNA menunjukkan terdapat lelaki lain di lokasi mayat gadis itu ditemui.

McCollum dan Brown memfailkan kes hak sivil persekutuan dan juri, Jumaat lalu, menganugerahkan AS$84 juta (RM346.67 juta) sebagai ganti rugi, ganti rugi punitif dan faedah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas