Connect with us

Oh! Media

Barang Kemas – Datin Seri Rosmah Dikatakan Belum Sahkan Pemilikan

6f3ccf00 2fdb 4af9 9547 e69aab12c88bjpeg

Umum

Barang Kemas – Datin Seri Rosmah Dikatakan Belum Sahkan Pemilikan

Gambar sekadar hiadsan

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, telah dipanggil pihak Mahkamah Tinggi bagi menjelaskan kewujudan barangan kemas yang bernilai RM60 juta yang perlu disahkan oleh Rosmah Mansor setelah dirampas pada serbuan tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan, peguam yang mewakili Rosmah selaku defendan, N.Rajivan selepas pendengaran permohonan Rosmah untuk menggantung prosiding perbicaraan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin.

Rajivan berkata, mahkamah telah mengarahkan polis itu Superintendan Foo Wei Min yang juga pegawai penyiasat untuk hadir bagi menjelaskan sama ada barang kemas terbabit berada dalam simpanan pihak polis atau tidak.

IKLAN

“Sebelum ini, mahkamah telah memberikan tempoh tujuh hari kepada anak guam saya memeriksa kewujudan 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, gelang dan tiara.

Sehubungan itu, sama ada perbicaraan akan diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan atau tidak bergantung kepada penjelasan pegawai polis tersebut kepada mahkamah hari ini,” katanya yang yang memohon prosiding saman ini ditangguhkan ke 2019.

Sementara itu peguam David Gurupathan yang mewakili syarikat pemborong barangan kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL selaku plaintif memberitahu tetap mahu meneruskan perbicaraan.

Berita: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas