Connect with us

Oh! Media

Bali Bercadang Untuk Kenakan Cukai Pelancongan Asing

Umum

Bali Bercadang Untuk Kenakan Cukai Pelancongan Asing

Bali Indonesia dalam satu kenyataan akan mengenakan cukai kepada semua pelancongnya sebanyak AS$10 atau RM41.13 dan ini dilihat terpaksa dilaksanakan bagi menampung pelbagai program bagi menjaga alam sekitar dan budaya mereka.

ADVERTISEMENT

Ini dinyatakan oleh The Jakarta Post yang memetik kenyataan Gabenor Bali dan ia masih dalam peringkat perancangan.

Bali menerima 5.7 juta pelancong asing pada 2017 kebanyakannya dari China dan Australia. Kunjungan 2018 dijangka melepasi enam juta orang, ketika pulau itu menganjurkan beberapa acara antarabangsa seperti mesyuarat tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Kepulauan Bali juga turut telah memulakan usaha melarang penggunaan plastik pakai buang dan ini mampu mengurangkan jumlah sisa plastik sebanyak 70 peratus dalam tempoh setahun.

Bagi merealisasikan kutipan cukai ini, ia mungkin akan dilaksanakan melalui dua cara iaitu levi terhadap caj tiket penerbangan atau kutipan di lapangan terbang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas