Connect with us

Oh! Media

Baki 40,000 Tiket Akan Dijual Bermula Esok

Malaysia vs thailand piala aff suzuki 2018png

Umum

Baki 40,000 Tiket Akan Dijual Bermula Esok

Semalam telah habis terjual 40,000 tiket perlawanan antara Malaysia menentang Thailand yang dijual secara dalam talian. Baki 40,000 tiket lagi akan dijual secara langsung di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil dan premis terpilih Ak-Ikhsan Sports bermula esok 29 November 2018.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjual terus semua 80,000 tiket menerusi sistem dalam talian bagi memberi peluang kepada penyokong yang tidak mempunyai akses untuk membeli tiket berkenaan.

“Kaunter tiket di Stadium Nasional akan menjual 30,000 tiket dan premis terpilih Al-Ikhsan Sports sebanyak 10,000 keping sehingga ia habis terjual,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

IKLAN

Walaubagaimanapun, pihaknya mengesahkan tiada lagi kaunter khas dibuka di Wisma FAM, Kelana Jaya atas faktor jangkaan kesesakan di kawasan berkenaan yang terletak berdekatan kawasan perumahan.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas