Connect with us

Oh! Media

Azwan Ali Mengamuk Lagi, Kini Dengan Ejen Umrah

Oh! Artis

Azwan Ali Mengamuk Lagi, Kini Dengan Ejen Umrah

Ramai yang tahu pengacara kontroversi, Azwan Ali kini sedang mengerjakan umrah bulan kali kelapan. Ramai yang berharap bila beliau pulang nanti, akan menjadi insan yang lebih positif selama penghayatannya ketika menunaikan ibadah tersebut.

ADVERTISEMENT

Namun, satu insiden kelewatan bas jemaah umrah bertolak dari Kota Madinah ke Kota Mekah membuatkan Azwan Ali mengamuk di media sosial. Kali ini amukan beliau ditujukan terus kepada agensi pengurusan umrah yang membawanya.

Melalui Instagram, Azwan ALi memuatnaik perbualan bersama ejen yang menguruskannya. Beliau beluahkan rasa tidak puas hati dengan jadual perjalanan yang diubah di mana sepatutnya jemaah perlu bertolak lebih awal ke kota Mekah kerana perjalanan yang mengambil masa.

Salah seorang pegawai agensi yang pernah mengendalikan Azwan Ali turut memberikan penjelasan di Facebook tentang perubahan jadual tersebut. Menurutnya, itu merupakan amalan biasa sejak bertahun-tahun untuk bertolak sekitar 10 pagi dari Madinah ke Mekah.

“Kenapa saya ingin kongsikan perkara ini, kerana saya pun bekerja sebagai (ejen) menguruskan jemaah untuk menunaikan umrah. Dan dia pernah sekali pergi umrah dengan agensi kami. Kami penat nak layan kerenah dia sebelum pergi dan sampai di sana pun ada yang tidak puas hati,” ujar pegawai yang menggunakan nama Samuel Prince tersebut.

Pada kami apa yang Azwan Ali buat ni bersebab demi kebaikan semua pihak. Apapun, semua benda ni jika boleh dibawa bincang baik-baik, itu lebih bagus. Tak perlu nak dikecohkan hingga sampai kepada pengetahuan umum. Biarpun teguran Azwan Ali tu mungkin membawa kebaikan namun kami rasa better Azwan Ali fokus kepada ibadah di sana biar pulang nanti betul-betul menjadi seorang Azwan Ali yang lebih baik.

Nasib kau lah dek jadi ejen uruskan Diva pergi umrah. Hahahaa. – Sumber

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas