Connect with us

Oh! Media

Azizul Akhiri Cabaran Pada Tempat Ke-15 Acara Pecut Individu

Umum

Azizul Akhiri Cabaran Pada Tempat Ke-15 Acara Pecut Individu

Mohd Azizulhasni Awang gagal dalam misinya untuk meraih kedudukan podium selepas mengakhiri cabaran pada tempat ke-15 daripada 35 peserta dalam acara pecut individu pada pusingan keempat Kejohanan Berbasikal Trek Siri Piala Dunia UCI di United Kingdom pada Ahad.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Azizul berjaya meraih perak dalam acara keirin individu sebelum ini, tewas kepada pelumba Great Britain, Jack Carlin pada pusingan ketiga, sekali gus gagal mara ke peringkat suku akhir pada aksi di Lee Valley VeloPark.

Azizulhasni mengakui beliau agak kurang berpuas hati dengan catatan masa berkenaan, namun mengakui faktor kepenatan setelah menyertai acara keirin pada hari sebelumnya selain kurang waktu tidur, menjejaskan prestasi beliau pada perlumbaan berkenaan.

“Walaupun tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya (suku akhir), ini adalah pencapaian terbaik untuk acara pecut individu daripada empat siri Piala Dunia yang telah disertai.

“Paling penting adalah dapat menambah koleksi mata untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara ini setelah selesa dalam acara keirin,” jelas Mohd Azizulhasni yang dipetik sebagai berkata menerusi laman Instagramnya; @azizulawangofficial.

Carlin mencatat 10.032 saat manakala Mohd Azizulhasni ketinggalan 0.013 saat di belakang.

・・・ Syukur Alhamdulillah . Untuk acara Individual Sprint hari ini, saya menempatkan diri di tempat ke-21 daripada 35 peserta dengan catatan 10.045 saat. Agak kurang puas hati dengan catatan tersebut tetapi mungkin atas faktor kepenatan dari perlumbaan acara Keirin semalam dan tidak dapat tidur yang menjejaskan sedikit rentak kayuhan hari ini. Walaubagaimanapun, saya gembira kerana catatan ini cukup untuk melayakkan diri ke pusingan ke-2. . Di pusingan ke-2 saya berentap dengan Phillip Njisane dari Trinidad&Tobago (pelumba ke-12 terpantas) dan didalam perlumbaan yang pantas itu, syukur saya dapat mengalahkan beliau dengan selesa. Kemenangan ini melayakkan saya ke pusingan seterusnya. Di pusingan ke-3 saya berperang dengan pelumba dari Great Britain, Jack Carlin (pelumba ke-5 terpantas). Perlumbaan kami berdua amat sengit dan beliau menidakkan kemenangan saya di garisan penamat hanya dengan beberapa sentimer (0.013saat). . Walaupun tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya (suku akhir), ini adalah pencapaian terbaik untuk acara Individual Sprint dari empat siri piala dunia yang telah disertai. Paling penting adalah dapat menambah koleksi mata untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara ini setelah selesa didalam acara Keirin. . Semoga dengan berkat doa dan sokongan daripada anda semua, saya akan dapat mempertingkatkan prestasi dari semasa ke semasa. . Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. . . #worldcup #trackcycling #track #berlin #germany #twc2018 #teamazizul #azizulawang #teamcimb #cimb #forward #airasia #daretodream #daikin #daikinmy #daikinmalaysia #hutanration #sportsration #nike #nikemy #tumiglobalcitizens #perfectingthejourney #rapha #raphamy #oakley #oakleymy #ogk #ogkkabuto #kabuto #wattbike
A post shared by Azizul Awang (@azizulawangofficial) on

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas