Connect with us

Oh! Media

Aubameyang Bakal Perkuat Serangan United

Umum

Aubameyang Bakal Perkuat Serangan United

Akhirnya naik satu nama pemain yang akan menyumbang untuk pasukan Manchester United dan pemain ini adalah penyerang dari pasukan Arsenal, iaitu Oierre-Emerick Aubameyang yang kini telah bersetuju untuk memperkuatkan serangan United.

ADVERTISEMENT

Jika sebelum ini Robin van Persie dari Arsenal menjadi pilihan, nampaknya ini peluang untuk Aubameyang pula membuktikan dirinya mampu memberikan impak yang besar kepada pasukan.

Namun, perlu diingat, United juga kehilangan tonggak serangan Romelu Lukaku yang akan meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan musim panas apabila Inter Milan dilihat begitu berminat untuk mendapatkan Lukaku, lapor akhbar Itali.

Jika korang dapat lihat permainan Aubameyang, dia sangat menyerlah dalam EPL bersama Gunners yang sebelum ini bersama pasukan Borussia Dortmund dengan harga RM283 juta.

Dia menamatkan saingan musim lalu sebagai penjaring terbanyak bersama, meraih Kasut Emas dengan 22 gol ketika Arsenal menamatkan saingan musim di tempat kelima tetapi terlepas beraksi pada Liga Juara-Juara (UCL).

Jadi, adakah Aubameyang yang kini berumur 30 tahun menjadi pilihan yang tepat? Ole Gunnar Solskjaer pasti mempunyai ramuan tersendiri.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas