Connect with us

Oh! Media

Atlet Lompat Tinggi Negara Raih Gangsa di Kejohanan Balapan Australia 2019

6 1554636694jpg

Umum

Atlet Lompat Tinggi Negara Raih Gangsa di Kejohanan Balapan Australia 2019

Nauraj Singh Randhawa, atlet sukan lompat tinggi berjaya mendapatkan pingat gangsa di Kejohanan Balapan dan Padang Australia 2019 semalam.

Kejohanan yang diadakan di Sydney Olympic Park Athletic Centre itu melihatkan Nauraj berjaya melepasi ketinggian 2.20 meter (m), di tempat ketiga.

Emas bagi acara ini melihatkan Joel Baden, Victoria berjaya melepasi ketinggian 2.30m dan pingat perak milik Woo Sanghyeok, Korea Selatan pada ketinggian 2.24m.

IKLAN


“Ia adalah satu keputusan yang positif kerana saya dapat melepasi ketinggian 2.10m, 2.15m, 2.20m dengan hanya satu percubaan. Saya juga gemar akan teknik larian saya ketika ini kerana ia lebih lancar,” kata Nauraj kepada Sukan BH, hari ini.

Dalm perkembangan lain, selepas ini Nauraj akan beraksi untuk di peringkat seterusnya dalam persiapan ke Kejohanan Olahraga Asia, Doha, Qatar yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 April ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas