Connect with us

Oh! Media

Atas Rasa Keibuan, Seorang Doktor Sanggup Jadi Ibu Susuan Kepada Seorang Bayi

Umum

Atas Rasa Keibuan, Seorang Doktor Sanggup Jadi Ibu Susuan Kepada Seorang Bayi

Sumber dari Berita Harian

Seorang bayi yang dilahirkan dengan cara pembedahan kini dapat merasa susu badan walaupun bukan dari ibu kandungnya sendiri. Ibu kandung bayi berkenaan koma kerana menghidap ketumbuhan di kepala setelah menjalani proses bersalin melalui pembedahan sejak Disember lepas.

ADVERTISEMENT

Sejak dari itu, bayi yang diberi nama Farah Hanis berkenaan tidak dapat merasa susu badan dari ibunya. Sejak bayi ini lahirkan, bayi berkenaan diberikan susu formula. Bagaimanapun, atas rasa keibuan, seorang doktor tampil untuk menjadi ibu susuan kepada bayi berkenaan setelah mengetahui kisah bayi berkenaan didada akhbar.

Dr Siti Nur Aqilah yang bertugas di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh menyatakan hasratnya kepada suami dan ayah kepada bayi berkenaan. Hasratnya diterima baik dan sudah 2 minggu Farah Hanis menerima susu badan dari Dr Siti Nur Aqilah. Beliau sudah menganggap bayi berkenaan sebagai “anak perempuannya”.

Stok susu berkenaan diberikan setiap minggu. Terdapat perbezaan kulit Farah Hanis sebelum dan selepas bayi berkenaan diberi susu badan.

“Kulit Farah Hanis juga menunjukkan sedikit perubahan yang mana kini kelihatan lebih anjal dan gebu kerana khasiat susu badan itu sendiri memang sangat penting.Insya-Allah, saya akan terus membekalkan susu badan kepadanya sehingga mencapai satu usia yang sesuai untuk dilepaskan keperluan itu.”

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas