Connect with us

Oh! Media

Atas Dasar Tanggungjawab, Tok Batin Ganti Motosikal Penduduk Yang Hilang!

Umum

Atas Dasar Tanggungjawab, Tok Batin Ganti Motosikal Penduduk Yang Hilang!

Sumber gambar dari Tok Janggut Puthih

Menurut info, seorang tok batin Kampung Orang Asli Ulu Gerik telah bertindak menggantikan sebuah motosikal yang hilang setelah dipinjam oleh salah seorang penduduk kampung orang asli berkenaan. Ceritanya bermula apabila salah penduduk kampungnya meminjam motosikal salah seorang penduduk kampung lain untuk mengambil gaji dari majikan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

Oleh kerana tidak tahu jalan pulang, penduduk kampung yang meminjam motosikal telah meninggalkan motosikal berkenaan disuatu tempat dan pulang dengan bas. Pendudduk kampung yang meminjam kemudiannya bersama-sama empunya motosikal berkenaan telah kembali kesana untuk membawa pulang motosikal berkenaan, tetapi sayangnya telah hilang.

Sumber gambar dari Tok Janggut Puthih

Jadi untuk tidak mengeruhkan keadaan, Tok Batin Billi Jali telah bertindak menggantikan motosikal berkenaan dengan menggunakan wangnya sendiri. Menurut tok batin, wang berkenaan dikumpul bersama adik-beradik selain menggunakan elaun yang diterima beliau. Motosikal berkenaan merupakan Honda EX5 terpakai yang berharga RM3800. Tindakan tok batin berkenaan wajar dijadikan contoh kepada pemimpin masyarakat yang lain.

Sumber: Sinar Harian


+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas