Connect with us

Oh! Media

Artis Baru Nak Up Buat Hal, Ditangkap Pihak Polis

Umum

Artis Baru Nak Up Buat Hal, Ditangkap Pihak Polis

Apa yang jadi lagi ni? Ohmedia dengar cerita ada seorang artis baru nak up telah ditahan pihak polis. Apa masalahnya tu? Memetik laporan akhbar Harian Metro, lelaki yang juga komposer lagu dan penyany ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja pam minyak di Ampang.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu berlaku sekitar jam 4 petang semalam dan penyanyi 21 tahun itu ditahan selepas pengurus stesen minyak membuat laporan. Seorang saksi berkata, kejadian berlaku ketika artis terbabit muncul di premis itu untuk mengisi petrol kenderaannya.

Bagaimanapun berlaku salah faham ketika artis itu mahu membuat bayaran terhadap minuman yang mahu dibeli. Difahamkan artis itu mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit, namun kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh kakitangan stesen minyak itu, katanya.

Keadaan menjadi tegang dan artis berkenaan tidak berpuas hati dan bertingak diluar kawalan. Dalam perkembangan lain, difahamkan artis terbabit telah dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman dan akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Jadi, siapa artis ini agaknya? Ohmedia pun tak pasti, kalau korang tahu boleh kongsikan di ruangan komen dan Ohmedia akan update ok.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas