Connect with us

Oh! Media

Arab Saudi Menarik Semula Larangan – Bakal Buka Pawagam Pertama Selepas 35 Tahun

Umum

Arab Saudi Menarik Semula Larangan – Bakal Buka Pawagam Pertama Selepas 35 Tahun

Jeddah Arab Saudi bakal membuka pawagam pertama mereka setelah hampir 35 tahun ia dilarang oleh negara itu dan ia akan dibuka di sebuah gedung membeli belas terkemuka iaitu Red Sea Mall pada isnin hadapan.

ADVERTISEMENT

Pawagam ‘Vox Cinemas’ mengumumkan akan melabur 533 juta dolar untuk membuka 600 dewan tayangan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Jeddah bakal mempunyai sebanyak 65 dewan tayangan sepanjang tempoh akan datang yang mana tiga akan dibuka pada suku pertama dan keempat tahun 2019. Manakala sebanyak 12 dewan tayangan akan dibuka di Red Sea Mall pada tahun 2019.

Di pusat membeli belah Andalus Mall akan mempunyai 27 dewan tayangan dan Stars Avenue akan menyaksikan pembukaan sembilan dewan tayangan pada suku keempat 2019.

Sebelum ini, pihak Arab Saudi telah menarik semula larangan yang dilakukan pada awal 1980-an susulan tekanan golongan Islam ketika negara itu beralih menjadi bentuk koservatif agama yang tidak menggalakkan hiburan terbuka dan pencampuran antara lelaki dan wanita.

Walau bagaimanapun, pembaharuan yang dilakukan Putera Mahkota Mohammed melonggarkan banyak sekatan ketika kerajaan cuba meluaskan cabang ekonomi dan mengurangkan kebergantungan terhadap industri minyak.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas