Connect with us

Oh! Media

Aplikasi WhatsApp, Instagram Dan Facebook Terjejas Sekali Lagi!

Umum

Aplikasi WhatsApp, Instagram Dan Facebook Terjejas Sekali Lagi!

ADVERTISEMENT
Laman Facebook, Instagram dan WhatsApp telah mengalami masalah gangguan teknikal beberapa hari lepas sekali lagi. Pengguna merungut tidak dapat memuat naik gambar, video mahu pun status di dua laman sosial tersebut, malah ada yang tidak dapat menyemak kemas kini terbaru di akaun media sosial masing-msing.
Laporan Down Detector mendapati, Instagram mendapat 1,481 laporan, manakala Facebook 483 laporan dan WhatsApp 254 laporan yang meningkat dari semasa ke semasa. Gangguan teknikal ini berlaku di seluruh dunia dan sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pengendali tiga laman sosial berkenaan.
Selain Malaysia dan Indonesia, negara lain yang turut terjejas ialah timur Amerika Syarikat, Eropah dan Brazil. Twitter menjadi platfrom pengguna melepaskan geram dengan luahan rasa kecewa dan marah pengguna. Mereka meminta agar gangguan ini diselesaikan dengan kadar segera.
Terdahulu, pada 14 Jun lalu, aplikasi itu sekali lagi mencetuskan panik apabila gagal berfungsi seketika sekali gus menyekat pengguna untuk memuat naik gambar atau stories.
Sumber: Awani



+Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas