Connect with us

Oh! Media

Anwar Jamin Isu PTPTN Akan Terus Dibawa Ke Pengetahuan Kerajaan

Umum

Anwar Jamin Isu PTPTN Akan Terus Dibawa Ke Pengetahuan Kerajaan

Ramai yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil pihak kerajaan baharu terhadap isu PTPTN. Oleh itu, perkara ini membuatkan Presiden PKR iaitu ahli Parlimen Port Dickson iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin perkara itu akan terus di bawa ke pengetahuan kerajaan.

ADVERTISEMENT

Anwar yakin kerajaan akan mempertimbangkan kebimbangan sebahagian besar peminjam berhubung potongan gaji yang terlalu tinggi dan bakal membebankan.

“Saya akan kemukakan keresahan beberapa peminjam PTPTN untuk pertimbangan Menteri Pendidikan dan Pengerusi PTPTN. Saya akan beri nota segera pada mereka.

“Jika ada pandangan dan sebagainya, saya pasti Maszlee dan Wan Saiful akan teliti semula.

“Saya sedar dengan semua kebimbangan. Ramai yang hantar mesej pada saya, dari Permatang Pauh, Port Dickson yang antaranya ahli PKR sendiri,” katanya.

Antara kadar bayaran balik yang dipertikaikan membabitkan peminjam berpendapatan RM4,000 ke atas yang akan dipotong gaji antara lapan hingga 15 peratus, atau RM320 hingga RM1,200 ke atas.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas