Connect with us

Oh! Media

Antara Syarat Utama Sebelum Korang Beli Telefon Pintar

Umum

Antara Syarat Utama Sebelum Korang Beli Telefon Pintar

Korang pernah tak tertanya-tanya mengapa semua peranti berbeza harganya? Kalau hendak ikut logik, tentu yang lebih mahal prestasinya lebih meyakinkan? Jawapannya tidak. Kenapa tidak? Tak percaya? Sila baca sampai habis.
Sebelum membeli sesebuah peranti, perkara yang sangat penting dan wajib diketahui adalah cip pemprosesan yang digunakan kerana faktor inilah yang akan menentukan prestasinya. Senang cakap, cip pemprosesan ini adalah `otak’ peranti, ia sekali gus mempengaruhi harga sesebuah peranti itu. Semakin canggih sesuatu cip pemprosesan itu, semakin tinggi harga peranti tersebut. Macam perempuanlah, semakin pandai, semakin tinggi belajar, semakin tinggi harga hantaran, hahaha.
Tentu ramai tidak tahu yang cip pemprosesan didatangkan dengan fabrikasi tersendiri yang diukur dengan saiz nanometer (nm). Semakin kecil saiz fabrikasi, semakin hebat kuasa cip pemprosesan itu dan semakin mahal cip tersebut. Sebagai contoh, cip pemprosesan Snapdragon 855 yang berfabrikasi 7nm dalam peranti Samsung S10 sangat-sangat hebat atau efisien kuasa berbanding cip pemprosesan Mediatek 6750 yang berfabrikasi 28nm pada peranti Asus Zenfone Max Plus. Justeru, faktor ini mempengaruhi daya tahan kuasa bateri.
Namun, ada sebuah peranti yang sangat aneh dan boleh dikatakan mesra harga pengguna. Ia datang dengan spesifikasi dengan cip pemprosesan yang tinggi, Snapdragon 845 tetapi dengan harga mampu milik iaitu di bawah RM1,500 sedangkan peranti-peranti lain yang menggunakan cip pemprosesan yang serupa berharga lebih dari RM2,500. Peranti yang mana saya maksudkan ialah Pocophone F1, peranti Xiaomi yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas.

ADVERTISEMENT
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas