Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Maut – 5 Anggota Polis Lain Ditahan

Umum

Anggota Polis Maut – 5 Anggota Polis Lain Ditahan

Lima anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes anggota Cawangan Khas yang ditemui maut di hadapan sebuah hotel di Pulau Tikus, di sini Isnin lalu.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis negeri, Datuk Seri A Thaiveegan, berkata semua anggota terbabit ditahan semalam dan akan direman untuk diambil keterangan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, setakat ini ujian awal air kencing mendapati semua mereka positif dadah dan polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes terbabit bagi mengenal pasti punca kematian anggota Cawangan Khas yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut itu.

“Keterangan daripada semua anggota polis yang ditahan ini penting kerana kita percaya mereka ini ada bersama-sama mangsa ketika kejadian.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi Isnin lalu, mayat anggota polis berusia 47 tahun terbabit ditemui tertiarap di atas jalan selepas dipercayai terjatuh dari bangunan berhampiran sebuah hotel.

Kematian anggota polis terbabit masih menimbulkan misteri kerana polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemui beg dan selipar sebelah kiri milik mangsa di tingkat dua hadapan sebuah klinik pergigian di bangunan pusat karaoke berkenaan.

Selain itu, pemeriksaan lanjut di tingkat empat bangunan sama, polis menemui cebisan langsir di kaki lima pusat karaoke berkenaan, manakala dompet termasuk kad kuasa dan telefon bimbit mangsa turut hilang.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas