Connect with us

Oh! Media

Anggota JPJ Pulau Pinang Yang Dituduh Melakukan Rasuah, Masih Bertugas Seperti Biasa

Umum

Anggota JPJ Pulau Pinang Yang Dituduh Melakukan Rasuah, Masih Bertugas Seperti Biasa

Sumber Malay Mail

Mesti korang terkejut baca tajuk artikel inikan? Perkara tersebut memang terjadi. Pegawai dan anggota penguatkuasa yang terbabit dengan tuduhan rasuah masih lagi bertugas seperti biasa. Pengarah JPJ Pulau Pinang, Mohamat Johari Mat Isa berkata, penggantungan kerja hanya akan dilakukan apabila JPJ menerima surat dari mahkamah dan ibupejabat JPJ apabila perbicaraan kes bermula.

ADVERTISEMENT

Mereka didakwa atas tuduhan rasuah kerana cuba melindungi pemilik syarikat pengangkutan yang melakukan kesalahan jalanraya, terutama kesalah membawa lebihan muatan disekitar negeri ini dengan modus operandi yang digunakan adalah membekalkan pelekat khas kepada lori yang dilindungi supaya senang dikenalpasti.

Dipetik dari Sinar Harian, kesemua pegawai penguatkuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang itu dipercayai menerima bayaran berjumlah antara RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ. Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas