Connect with us

Oh! Media

Ancaman Perisian Baharu Yang Mencuri Wang Anda!

ohmedia malware 1png

Umum

Ancaman Perisian Baharu Yang Mencuri Wang Anda!

Jika sebelum ini,”malware” hanya bertindak untuk curi data peribadi, terdapat kajian terv= mendapati, perisian mudah alih jenis itu mula memberi ancaman baharu apabila digunakan untuk mencuri wang pengguna.
Dakwa Kaspersky Lab, malware ‘Riltok’ sudah mengemas kini varian baharu yang mampu mencuri wang pengguna. Ia juga dilaporkan memperluaskan kawasan sasaran bermula di Russia sehingga kepada seluruh Eropah mampu menyamar kononnya sebagai perkhidmatan popular di Perancis, Itali dan United Kingdom (UK).
Riltok mula dilancarkan pada pertengahan 2018 dan dikategorikan sebagai malware ‘trojan perbankan’ dan kini menjadi ancaman utama kepada pemilik telefon pintar memandangkan perisian itu mampu untuk mencuri data dan wang pengguna. Ia sengaja dicipta untuk disasarkan kepada pemilik telefon pintar untuk mencuri apa saja maklumat berkaitan akaun kewangan dan aset milik individu tertentu, terutama ketika pengguna sedang melakukan sesi perbankan dalam talian sekali gus mencuri semua data sensitif milik individu.
Pengguna akan ditpu kononnya mereka adalah penyedia perkhidmatan yang sah dan memaksa pengguna untuk memasang aplikasi itu di dalam telefon pintar serta menggunakan maklumat sensitif.
Selain itu, serangan kebiasaannya bermula apabila pengguna menerima pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan laman web palsu dan Trojan ini biasa menggunakan pautan laman pengiklanan popular di sesebuah negara. Laman web berkenaan akan menghantar aplikasi kepada pengguna untuk dipasang di dalam telefon pintar.
Kesannya, setelah perisian itu sudah dimuat turun dan pengguna memberikan kebenaran untuk mengakses dokumen, sistem storan dan maklumat di dalam peranti, ia akan menukar menjadi sistem pesanan utama bagi menghantar serta menerima SMS. Dengan cara berkenaan, penggodam akan berupaya untuk melihat SMS pengguna termasuk kod sensitif perbankan dan mencuri wang pengguna .

Sumber:  My Metro
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas