Connect with us

Oh! Media

Anak Menanggung Hutang Lepas Habis Belajar Pada Masa Depan Adalah Salah Ibu Bapa

Branded

Anak Menanggung Hutang Lepas Habis Belajar Pada Masa Depan Adalah Salah Ibu Bapa

Eh, korang tahu tak yang ramai lagi ibu bapa kat Malaysia ni masih tak ada kesedaran untuk buat simpanan bagi pembelajaran anak-anak diorang? Bila anak dah membesar dan habis persekolahan, macam-macam isu yang timbul bila anak dapat tawaran belajar ke universiti. Kesian kat anak tu kalau dapat mak ayah yang tak peka soal pendidikan mereka pada masa akan datang. Tepuk dada tanya diri sendiri ya!

Kepada ibu bapa, ingatlah yang pendidikan anak tu merupakan salah satu dari tanggungjawab terbesar kita juga. Sikap tak ambil tahu ni membawa padah pada masa hadapan. Tapi rilek dan janganlah tension pulak tentang urusan kewangan anak-anak ni terutamanya untuk pendidikan mereka. Tapi tolonglah faham yang pembelajaran pada masa akan datang akan menelan belanja yang sangat tinggi yang boleh jadi satu masalah kalau tak bermula dari sekarang.

Alasan yang biasa kita dengar diberikan oleh ibu bapa,

Alaaa. anak baru darjah 1. Rilek laa. Kecil sangat lagi..”. Tak pun “Ala RM50 sikit sangat la nak menyimpan”. Lebih teruk lagi sikap selalu menunda. “Nanti dulu la bulan Disember boleh simpan lagi…”. Adakah korang tergolong dalam ibu bapa jenis begini?

Jangan terlalu berharap kepada PTPTN sahaja bila anak nak masuk belajar nanti kerana lepas anak habis belajar, dia akan menanggung hutang pula. Ada banyak lagi jalan yang boleh dipilih terutamanya beringat sejak anak tu masih kecil lagi. Biarlah bila besar nanti anak-anak tidak terbeban dengan hutang pinjaman pelajaran lepas sahaja habis. Jadi mulakan dari sekarang.

Antaranya inisiatif yang ada adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan pada tahun 2015 lalu, SSPN-i Plus pula telah diperkenalkan sebagai pelan simpanan terbaik kepada umum. Simpanan ni boleh dibuat seawal anak berusia sehari lagi.

Selain menyimpan di SSPN-i untuk pelajaran anak-anak, SSPN-i Plus pula lebih hebat kerana dilengkapi dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. Ini bermakna ibu bapa bukan sahaja membuat simpanan untuk pembelajaran anak mereka pada masa depan, tapi dalam masa yang sama menjadi tabung simpanan untuk anak-anak gunakan juga.

Jangan risau kerana kedua-dua pelan ini patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi. Kedua-dua pelan ini adalah usaha PTPTN sendiri untuk menggalakkan masyarakat supaya memulakan penabungan dari usia kecil sebagai persediaan untuk pendidikan tinggi anak-anak.

Mereka yang membuat simpanan dalam SSPN-i akan menikmati pelbagai keistimewaan antaranya;

1. Menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum hingga RM6,000.
2. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan dari cukai pendapatan.
3. Perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit bagi pendeposit yang
mencapai simpanan RM1,000 dan ke atas.
4. Geran sepadan hingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak. Pendeposit yang
pendapatan isi rumah tidak lebih RM4,000 layak untuk pemberian Geran Sepadan bagi
penerima manfaat (anak-anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.
5. Layak memohon pinjaman PTPTN.

Apapun SSPN-i Plus menawarkan lebih banyak keistimewaan lagi termasuk semua keistimewaan pada SSPN-i (kecuali Geran Sepadan dan manfaat takaful Ringgit ke Ringgit secara percuma) kerana pelan SSPN-i Plus ini telah lengkap dengan simpanan dan takaful.

Antara kelebihan SSPN-i Plus adalah seperti berikut;

1. Ibu bapa atau penjaga (yang sah di sisi undang-undang) yang menyimpan dalam akaun SSPN-i Plus diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000 iaitu RM6,000 ke atas jumlah simpanan bersih bagi akaun SSPN-i Plus dan tambahan sebanyak RM6,000 lagi untuk sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful di bawah kategori pelepasan bagi insuran Nyawa dan KWSP.
2. Manfaat takaful bagi kematian sehinggga RM1 juta.
3. Manfaat khairat kematian bagi pendeposit termasuk pasangan dan 3 orang anak.
4. Tiada pemeriksaan kesihatan.
5. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
6. Apa yang paling penting, pakej serendah RM30 serta simpanan ini dijamin oleh
kerajaan Malaysia.
7. Tentulah layak memohon pinjaman PTPTN jika perlu.

Menurut laporan, sehingga Julai 2017 hanya 4.94% sahaja ibu bapa yang mempunyai anak darjah 1 menyimpan untuk masa depan anak mereka. Jadi kepada ibu bapa yang anak telah mula bersekolah tahun 1 tu, bertindaklah sekarang sebelum terlambat dan jangan menyesal pada masa hadapan.

“Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!” Buka akaun anda hari ini di www.lovesspn.com



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas